Bahasa Rakyat
Add
Tak dapat diselesaikan seperti sutera kusut
Orang
yang berada
dalam
kedukaan
amat
sangat sehingga
tidak
dapat dihiburkan. ;
Sesuatu
hal telah
menjadi
rumit
hingga
payah
hendak
diselesaikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nasi disaji pula digaduhkan padi di ladang dilanyak gajah tidak disusahkan
Kerugian
harta
yang sedikit digaduhkan sangat tetapi kerugian
banyak
tidak
dihiraukan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika tidak kena membangkitkan badak berendam di lumpur makin lama malah makin terbenam
Kalau
tidak
tahu
bekerja
makin
di
buat
binasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Untung bagai roda pedati
Ada
masa senang
ada
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harap akan buah tak jatuh
Sia-sia
menanti.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nak bertangguk kepada ikan sudah tertangguk kepada batang
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak terindang dedak basah
Masalah yang sukar diselesaikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gelang di tangan orang hendak dirampas tidak dapat; cincin di jari sendiri tercabut hilang
Yang diusahakan
tidak
dapat; yang
ada
hilang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Asal berinsang itulah ikan
Tidak memilih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang takutkan harimau kerana kuku dan taringnya
Takut
kepada raja
atau
orang besar
kerana kuasanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
6
7
8
9
10
[11]
12
13
14
15
[c] 2021 Petak Ajaib PLT