Bahasa Rakyat
Add
Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakarkan tak akan berbau
Kalau
ada
kepandaian
hendaklah diajar kepada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Udang tidak tahu akan bungkuknya orang tidak tahu akan hinanya
Tidak
insaf akan keadaan dirinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang di suruh di beri belanja orang ditambat diberi makan orang diambil diberi harta
Tiap-tiap yang disuruh hendaklah diberi belanjanya untuk
menunaikan
kerja-kerja
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau hendak beribu daya tak hendak (benci) seribu rencana
Kalau
mahu
macam-macam
usaha
kalau
tak
alasan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Malang tak dapat ditolak mujur tak dapat diraih
Jika sudah takdir
tidak
dapat
berbuat
apa-apa
lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Anak ikan dimakan ikan tahu makan tahu simpan
Jika tahu
berbuat jahat
hendaklah menyembunyikannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Arang itu jika dibasuh dengan air mawar tidak akan putih
Orang
jahat
tetap walaupun telah dinasihati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang kenyang dengan lauk sedap dikatakan tawar
Tidak
endahkan
sesuatu
jika
tidak
diperlukan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laut yang dalam dapat diduga hati orang siapa tahu?
perasaan
orang
lain
itu
sukar untuk diduga
atau
dibaca
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak lekang oleh panas tidak lapuk oleh hujan
Tidak
berubah-ubah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
6
7
8
9
10
[11]
12
13
14
15
[c] 2021 Petak Ajaib PLT