Bahasa Rakyat
Add
Tak dapat melarang akan anjing berulang ke tempat yang ada banyak tulang
Orang
yang tamak serta
tidak
tahu malu
masakan
boleh
memelihara namanya. ; bertabiat
jahat
serik
oleh
keresahan kerana kejahatannya walaubagaimana pun dibuatnya
juga
lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dengar kata enggang makan buah belolok (beluluk)
Jangan
suka mendengar kata
orang
nanti akan
mendapat
kesusahan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai aur dengan tebing
Tolong
menolong
antara
satu
sama
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berebut temiang hanyut tangan luka temiang tidak dapat
Dua
orang
bergaduh
merebutkan
sesuatu
tetapi
tidak
ada
yang dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti seludang menolakkan mayang
Kecantikan
yang tadinya disembunyikan muncul dengan
tiba-tiba.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang bertakuk yang bertebang; yang berbaris yang berpahat
Pekerjaan
yang dilakukan sudah mengikut
aturan
biasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Minyak dengan air adakah bercampur
Orang
yang bermusuhan
atau
tidak
sehaluan
mustahil
dapat bergaul
menjadi
satu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di beri berpadang luas ( berpadang lebar)
Diberi
kebebasan
kepada
seseorang
memilih
apa
kesukaannya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kapal tidak bertiang
Kumpulan yang
tidak
ada
pemimpin
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dakwat dengan kertas
Sangat
rapat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
6
7
8
9
10
[11]
12
13
14
15
[c] 2021 Petak Ajaib PLT