Bahasa Rakyat
Add
Rambut bapa ke kepala sendiri telah pindah nasi hadap-hadapan tiada diendah
Orang
yang telah tua
itu
jaranglah suka
hendak
kahwin
dengan
anak
perawan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lang pungguk lang berikan tidur siang berjaga malam
Pencuri
biasanya
tidur siang tetapi
berjaga
malam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang terpegang pada hulu senjatanya kita terpegang pada matanya
Orang
yang lebih berkuasa
daripada
kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Negeri gedang rumah gedang berapapun panjang perian takkan tersendak
Orang
kaya
yang
murah hati
biarpun
banyak
orang
minta
pertolongan
daripadanya tidaklah ia akan
gusar
dan
susah
jadi
miskin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Percaya pada anak buta mata sebelah; percaya pada orang lain buta mata keduanya
Setiap
pekerjaan
harus
dikerjakan
atau
diawasi tanpa mengharapkan
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Garamnya yang masin
Perkataan
yang diturut
orang
atau
permintaannya diterima
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke liang kubur (lahad)
Mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hidup dengan sebatang kara
Tidak
mempunyai keluarga
atau
tempat bergantung
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Janji sampai sukatan penuh (bilangan genap)
Meninggal
dunia;
Telah sampai
ajal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Salah lihat (mata pandang)
Melihat dengan maksud buruk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
6
7
8
9
10
[11]
12
13
14
15
[c] 2021 Petak Ajaib PLT