Bahasa Rakyat
Add
Putus gayung di belebas (putus kata di pangkalnya)
Sesuatu
hal yang diputuskan dilihat pada asalnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pisang emas di luar onak (duri)di dalamnya
Mulut manis
yang berisi
tipu
muslihat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika kepalanya ulat takkan ekornya belut
Yang
jahat
tetap
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ditanam tebu di telinga berkembangan bunga raya di muka
Seorang
yang
naik marah
berseri mukanya
atau
gembira
kerana mendengar
orang
memuji kepadanya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kain mastuli di dalam bungkusan digerit tikus apa gunanya?
sesuatu
benda
yang
ada
tetapi
tidak
dapat digunakan dengan
betul
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ibarat telur sesongkok(sesangkat); pecah satu pecah semuanya
Menyatakan
kerukunan;
Sanggup
sama-sama
menanggung
susah
senang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ibarat rumput yang kering; ditimpa hujan segar kembali
Keadaan yang
melarat
dan sengsara
mendapat
pertolongan
sehingga hidupnya
terasa
bahagia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nyawa ber(ter)gantung di hujung kuku
Dalam
keadaan yang
sulit;
amat
berbahaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dijemba-jemba bak bersiang dihela surut bagai bertanam
Mengagak-agak dan mengatur-atur
sesuatu
pekerjaan
menurit patutnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar sebab balutan kulit ada di batangnya.
Orang
yang
baik
bersubahat
dengan
jahat
akhirnya akan binasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
[2]
3
4
5
6
[c] 2021 Petak Ajaib PLT