Bahasa Rakyat
Add
Hitam tahan tempa putih tahan sesah
Orang
yang berani dan
keras
tidak
mundur
melakukan maksudnya sehingga
berhasil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak dahaga di penunggu telaga
Orang
yang
berhampiran
dengan
orang
berilmu
masakan
menjadi
bodoh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai gembala diberi keris
Orang
yang diberi
barang
tidak
dapat digunakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai cendawan dibasuh
Rupa
orang
yang lemah dan pucat kerana sakit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Si buta dapat kamera
Dapat
barang
berharga
tapi
tidak berdaya
menggunakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mulut tempayan boleh ditutup (mulut manusia bagaimana menutupnya)
Manusia payah menyimpan rahsia yang sudah
bocor.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Putus kata dimulanya (putus gayung dibelebas)
Keputusan
sesuatu
bergantung
kepada asalnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana katak dapat bunga sekuntum
Tidak
faedah
benda
yang
berharga
dan
mulia
jika diperolehi
oleh
orang
tidak
tahu menilainya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kena sentung pelalai
Ilmu
yang dikenakan kepada sesorang gadis supaya dia lalai dan
tidak
ingat
suami
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tahan baji oleh keldai
Berani lawan berani.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
[2]
3
4
5
6
[c] 2021 Petak Ajaib PLT