Bahasa Rakyat
Add
Pilin kacang hendak mengebat; pilin jering hendak berisi
Tiap
perbuatan
dan percakapan
ada
motifnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Melepaskan anjing yang tersepit sesudah lepas dia menggigit
Melakukan
sesuatu
yang
menyusahkan
diri sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Puji tak mengenyang cela tak membunuh
Jangan
berbesar hati
jika dipuji dan
jangan
berkecil hati
dicela
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lurus sumpitan hendak mengena
Nampak
ikhlas
tapi
ada
motif.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Meragakan suara kepada si pekak
1. Kerja
sia-sia. 2.
Tidak
ada
guna
menunjukkan
kepandaian
dikalangan orang-orang yang
tidak
mengetahuinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke sawah tidak berluluk mengambil cekerau
Mendapat
keuntungan tanpa perlu
bersusah
payah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pandai menyelisik sedang laga
Orang
yang ahli dan
bijaksana
dalam
melakukan
pekerjaan
susah
merbahaya
dia masih dapat mencari
kesenangan
diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan gesek biola hendak menari dulu
Berbuat
sesuatu
sebelum
datang
keinginan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Senduk besar tak mengenyang(kan)
Mudah
menyatakan
sukar
menjalankan.
;
berjanji
tetapi
tidak
ditepati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Johari juga yang mengenal manikam
Orang
yang
bijaksana
juga
mengetahui
keelokan
ilmu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
[2]
3
4
5
6
[c] 2021 Petak Ajaib PLT