Bahasa Rakyat
Add
Jangan diajar orang tua makan dadih
Sia-sia mengajar
orang
yang telah tahu;
Orang
lebih umur
daripada
kita
itu
tentulah terlebih
dahulu
mengetahui hal
ehwal
suatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerja orang muda bergegas kerja orang tua berjujai
Orang muda
selalunya
cepat
cekap
dan tergesa-gesa;
orang tua
bekerja
lambat-lambat
tidak
begitu
kemas tetapi
usul periksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang kaya jangan dihutangi orang lepas nikah jangan ditandangi
Jangan
menyusahkan
orang
yang baru
mendapat
kesenangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Awak yang celaka orang yang diumpat
Sendiri yang
salah
tetapi
orang
lain
dituduh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang lapar diberi nasi (orang haus diberi air)
Orang
yang sangat sengsara
atau
memerlukan
pertolongan
tiba-tiba
diberi
pertolongan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang berdendang di pentasnya orang menari di ladangnya
Orang
yang berkuasa di rumah sendiri;
Berbuat
sesuatu
menurut
kehendak
dan
hati
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang berdendang di pentasnya orang menari di ladangnya
Berbuat
sesuatu
menurut
kehendak
dan
hati
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Paksa yang baik
Masa yang
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang yang makan nangka awak kena getahnya
Orang
yang
mendapat
susah
kerana
sesuatu
kejadian
sedangkan dia
tidak
bersalah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang baru kaya jangan dihutangi orang lepas nikah jangan ditandangi
Sia-sialah
mengerjakan
perbuatan
yang
tidak
mendatangkan
faedah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
[2]
3
4
5
6
[c] 2021 Petak Ajaib PLT