Bahasa Rakyat
Add
Senjata yang ada jagalah baik-baik
Jaga
hal sendiri
jangan
jaga
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jikalau tidak kerana pahit pahit balak itu nescaya tidak dikenal akan manusia kesenangan
Kalau
tidak
merasa
susah
dan senang tahu
apa
bezanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika ada padi berhampalah jika ada hati berasalah
Sesiapa yang
terasa
tersindir dialah
berbuat
seperti disindirkan
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan kamu bersahabat dengan seseorang itu hingga kamu ketahui bagaimana ia berlaku dengan sahabat-sahabatnya yang dahulu daripada kamu itu
Jangan
cepat
percaya kepada
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kepapaan walaupun sesungguhnya bapa bagi kebaikan rekaan yang menyebabkan kesenangan dan kekayaan bagi ramai itu tetapi dibenci juga oleh orang akan dia
Orang
tidak
suka
kesusahan
walaupun dapat
memaksa
manusia
berfikir
dan
berusaha.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nak tahu jahat orang (teman) tanyakan seteru. Nak tahu baik orang (teman) tanyakan sahabat
Kalau
hendak
mengetahui
jahat
kelakuan
seseorang
tanyalah kepada
orang
yang membencinya dan
bertanyakan
baik
tanyakan sahabatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Si sang genap; ada orang adalah dia
Suka
campur
urusan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Daerah tidak bertuan
Kawasan yang
tidak
dikuasai
oleh
mana-mana pihak
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika tiada tersapu arang dimuka baiklah mati daripada hidup
Kalau
tidak
ada
lagi
ikhtiar
untuk
menutup
malu lebih
baik
mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kemahiran yang diperoleh dengan penat lelah itu sebaik-baik guru
Jika selalu
membuat
sesuatu
kerja maka makinlah
bertambah
pandai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
[2]
3
4
5
6
[c] 2021 Petak Ajaib PLT