Bahasa Rakyat
Add
Bagai api dengan asap
Kasih sayang
yang
amat
akrab.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Adakah sama air hujan dengan air telaga
Perbezaan
status
antara
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai diikat dengan sehasta tali
Tidak
dapat
berbuat
sekehendak
hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti dihiris dengan sembilu
Menyifatkan
hati
yang
amat
sedih dan pilu ibarat
dihiris dengan sembilu
buluh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang tua jangan di perut seperti rotan dahululah dia merasa garam
Orang
yang telah biasa
dalam
sesuatu
pekerjaan
tidak
perlu ditunjuk
ajar
lagi;
bijak
mahu
diajar lagi kerana dia sudah tahu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai bersahabat dengan ular bisa
Berkawan
dengan
orang
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Melainkan bertaulan kekayaan itu dengan kemiskinan maka tiadalah kekayaan itu berguna sekali-kali
Orang
kaya
perlukan
orang
miskin
untuk melakukan
berbagai
kerja
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apa sakit berbini janda anak tiri boleh disuruh (sama dengan entri A1013)
Kahwin
dengan janda
banyak
untungnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kaut laba dengan siku
Untung
yang
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Adakah daripada telaga yang jernih itu mengalir air yang keruh? Demikian juga tidak boleh mengalir air yang jernih daripada telaga yang keruh
1. Tutur kata
orang
yang
tidak
baik
itu
biasanya
rendah tarafnya. 2.
Jangan
diharapkan
sesuatu
mustahil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
[2]
3
4
5
6
[c] 2021 Petak Ajaib PLT